BELAJAR ALIF BATA | VERSI 2


Mengenal Alf Ba Ta (Nasyid)


BELAJAR ABC


Mengenal abjad ABC



AMALAN MEMBACA

Membaca merupakan amalan yang baik dalam kehidupan. Membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang malahan membaca juga dapat mengisi masa lapang seseorang secara berfaedah. Dengan adanya aktiviti ini yang berfaedah, sseseorang dapat menggelakkan diri daripada menyertai aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, melalui bahan bacaan yang baik, tingkah laku dan kelakuan yang berbudi dan bersopan seseorang dapat dibentuk. Secara tidak langsung, masalah-masalah sosial pun akan berkurangan.

Masyarakat dan negara juga akan berkembang dan bertambah maju dengan adanya rakyat yang berilmu pengetahuan dan berbudi bahasa. Amalan membaca dapat memanfaatkan sesebuah masyarakat dan negara. Oleh demikian, amalan membaca harus dipupuk dari peringkat kanak-kanak kerana minat seseorang mudah dipupuk di peringkat tersebut. Semua pihak termaksuklah ibu bapa dan sekolah  perlu bekerjasama untuk menggalakkan amalan membaca dalam masyarakat kita.

Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka.Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana “alah bisa tegal biasa”.

Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca.

Pihak sekolah perlu melengkapi kemudahan-kemudahan seperti perpustakan dengan usaha memupuk budaya membaca. Di samping itu, sekolah perlu mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran buku, pertandingan membaca, kempen membaca dan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan faedah membaca untuk menggalakan murid-murid membaca.